Pasti Al-Kautsar Center

Buat pertama kalinya Al-Kautsar Sport Center Club dengan kerjasama ADUN Ayer Keroh menganjurkan pertandingan badminton acara bergu terbuka Piala Pusingan Rakan Kerja Muda Al-kautsar Center.

Tarikh:1hb.May 2010(Sabtu Hari Pekerja).
Masa:8.00pg-3.00ptg.
Tempat:Dewan Badminton Bachang.

Hadiah-hadiah seperti berikut:
(1)Juara:Piala Pusingan,Wang Tunai Rm200.00,hamper,medal dan sijil penyertaan.
(2)Naib Juara:Wang Tunai Rm150.00,hamper,medal dan sijil penyertaan.
(3)Ketiga:Wang Tunai Rm100.00,hamper,medal dan sijil penyertaan.
(4)Keempat:Wang Tunai Rm70.00,hamper,medal dan sijil penyertaan.
(5)Kelima:Wang Tunai Rm50.00,hamper,medal dan sijil penyertaan.
(6)Keenam hingga kelima belas:hamper,medal dan sijil penyertaan.
(7)Keenam belas kebawah:Cenderahati dan sijil penyertaan.

Pendaftaran:
(1)Bayaran Pendaftaran RM20.00 seorang@Rm40.00 satu regu.
(2)Mengisi borang pendaftaran rasmi,tempahan melalui online@telefon diterima.
(3)Bayaran pendaftaran sebelum 12mlm 27hb.April 2010 mendapat hadiah misteri.
(4)Pendaftaran ditutup jam 8.30pagi 1hb.Mei 2010.

Sebarang pertanyaan dan urusan boleh hubungi:-
Yakin 013-6265359 Saidi 012 3348412 Syam 013-6204097 Saat 012-9349531

Syarat-syarat penyertaan dan pertandingan:
(1)Terbuka untuk lelaki berumur 16 hingga 45 tahun sahaja.
(2)Tiadak pernah menyertai mana-mana pertandingan peringkat negeri,kebangsaan@antarabangsa.
(3)Kecuali shuttle,pakaian dan peralatan sukan tidak disediakan.
(4)Setiap regu akan di undi mengikut indek bilangan untuk menentukan kumpulan.
(5)Pertandingan dijalankan mengikut format dua set dengan match point 21 mata.
(6)Jika seri set ketiga akan menjadi set penentuan.
(7)Pemenang tempat keempat hingga kelima belas dikira mengikut mata kemenangan tertinggi.
(8)Sebarang kehilangan,kerosakan barang-barang@kecederaan tanggung sendiri.
(9)Keputusan pengadil adalah muktamat.Tiada layanan untuk bantahan.
(10)Segala terma dan syarat pertandingan tertakluk pada pindaan pehak penganjur.

Borang Penyertaan
Kejohanan Terbuka Regu Badminton Rakan Kerja Muda Al-Kautsar Center.

Saya/kami faham dan bersetuju dengan terma dan syarat- syarat penganjuran pertandingan Kejohanan Terbuka Regu Badminton Rakan Kerja Muda Al-Kautsar Center Sport Club(DPPAKH).Bersama ini disertakan Rm20.00 seorang @Rm40.00 untuk satu regu sebagai bayaran pendaftaran.Semua bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan.

Nama Regu:……………………………………………………

Nama No.My ID No.telefon Bayaran

1-

2-

Jumlah Rm

Tanda tangan Pendaftar: Nama pendaftar

………………………………………… ………………………………………………

Tarikh diterima:………………………………

Untuk kegunaan penganjur:

Isnin 4 januari 2010 merupakan hari pertama persekolahan, Pasti Al Kautsar telah menunjukan satu peningkatan dari segi pertambahan bilangan perlajar, (sambutan yang baik dari penduduk setempat) komitmen ajk cawangan serta dari JIBG yang merupakan tulang belakang jatuh bagunnya sesebuah Pasti .

Perasaan sedih anak Abang Safian hanya seketika sahaja apabila Pn Zulaikha (Guru) memulakan kelas dengan bacaan doa-doa dan memberi lembaran kerja untuk membuat kayu pengukur bagi mengetahui tahap pencapaian anak muridnya


Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada 9 Muharram 1431 Hijrah bersama 25 Disember 2009 hari jumaat jam 9 pagi
Seramai lima peserta yang terlibat telah di arakkan dengan pukulan kompang oleh belia-belia Taman Takh serta Imam satu Khariah Ayer Keroh bersama dengan anak-anak murid kelas Kaffa, juga tidak ketinggalan ahli jawatankuasa Al Kautsar Center


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ust.Noor Khairi Ketua Urusan Dewan Ulamak Pas Bukit Katil

Ahli penal Khatam Al Quran di ketuai oleh Tuan Imam 1 Ust Sharani dan Mejar (B) Tuan Hj Mazlan

Hari ini tanggal 10 Muharram 1431 hijrah Jawatankuasa Al Kautsar Center telah berjaya bermenafaatkan hari yang sungguh mulia ini, diantara amalan-amalan mulia iaitu:-

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Sebahagian daripada agihan bubur asyura itu telah di bawa ke PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH anjuran lujnah kebajikan Pas Bukit Katil Pn. Masturah sri kandi islam






Kehadiran 200 orang termasuk pelajar-pelajar Pasti dan KAFA, ibubapa pelajar dan khariah tempatan,urusetia al kautsarcenter, guru-guru dan ajk cawangan.
Jemputan Bekas YB (K) Hassan Mohammad dan Mejar (B) Mazlan Abdullah Penasihat Agama Cawangan.
Majlis bermula 8.45 dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Al Kautsar Center merangkap ketua Cawangan, Beliau menyentuh tentang perkembangan baik al kautsar center yang semakin di terima oleh masyarakat setempat lebih-lebih lagi bila sessi 2009 Al kautsar menerima seorang pelajar India (hindu). Merupakan satu rekod Pasti Melaka.
Dari sudut pesarana walaupun masih ada kekurangan namun dari Qualitynya Al Kautsar hampir memunuhi standard format yang ditetapkan oleh pasti. Pada malam itu juga berita gembira diterima dari Pasti Kawasan, Al kautsar Center telah memenangi anugerah pengurusan Pasti terbaik bagi Kawasan Bukit Katil

Diakhir ucapan beliau berjanji untuk terus memperbaiki pentadbiran Al Kautsar dari masa ke semasa agar diterima masyarakat sepenuhinya
Ucapan perasmi bekas YB Kpt Hassan Mohammed pula menekan supaya para ibubapa semungkin boleh memberi didikan Al Quran pada anak-anak dan hanya di Pasti sahaja alternatif ini dapat di salurkan.
seterusnya Ibubapa perlu memberikan kepercayaan penuh kepada Pasti dalam urusan ini lebih-lebih lagi di Al Kautsar satu-satu Pasti yang memenuhi hasrat ini dengan adanya kelas KAFA.

070920091348
Guru Kanan Pasti Al kautsar Pn Zulaikha Hj Khamis kini berada di Hospital Besar Melaka Aras 1, beliau terpaksa dimasukan ke wad untuk mendapat rawatan rapi.
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan marilah kita berdoa semoga allah mengembalikan kesihatan yang baik kepada beliau. dan kepada yang ada kelapangan boleh menziarahinya insyaallah

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.