Posted by: alkautsarcenter on: October 16, 2009
AL KAUTSAR CENTER telah berjaya mengadakan program tahunanya dengan penuh keceriaan bila mana sambutan daripada ibubapa pasti, jiran-jiran, jiran bukan islam, ahli-ahli Pas Cawangan,Kawasan dan Dewan Muslimat cukup membuktikan bahawa tadika Pasti kita adalah satu institusi ilmiah yang membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna
Majlis tersebut di rasmikan oleh YDP Kawasan Bukit katil sdr Sofi Wahab serta tidak ketinggalan YB Dun Ayer Keroh . Al Kautsar Center sememangnya bertuah bilamana setiap kali diadakan Program ada saja penaja-penaja akan tampil untuk memberi sumbangan justeru itu pihak al kautsar center telah dapat merealisasikan sumbangan tersebut kepada Ibu-ibu tunggal, warga emas, guru-guru pasti yang berjasa dan duet raya kepada pelajar pasti dan kafa
Pihak Al kautsar Center mengucap jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan majlis tersebut dengan ucapan jazakallahu khairan kathira
Selamat Hari Raya Aidilfitri
maaf zahir bathin
daripada Jemaah Pengurusan dan Guru-guru Al kautsar Center






