Pasti Al-Kautsar Center

Archive for December 2009



Kehadiran 200 orang termasuk pelajar-pelajar Pasti dan KAFA, ibubapa pelajar dan khariah tempatan,urusetia al kautsarcenter, guru-guru dan ajk cawangan.
Jemputan Bekas YB (K) Hassan Mohammad dan Mejar (B) Mazlan Abdullah Penasihat Agama Cawangan.
Majlis bermula 8.45 dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Al Kautsar Center merangkap ketua Cawangan, Beliau menyentuh tentang perkembangan baik al kautsar center yang semakin di terima oleh masyarakat setempat lebih-lebih lagi bila sessi 2009 Al kautsar menerima seorang pelajar India (hindu). Merupakan satu rekod Pasti Melaka.
Dari sudut pesarana walaupun masih ada kekurangan namun dari Qualitynya Al Kautsar hampir memunuhi standard format yang ditetapkan oleh pasti. Pada malam itu juga berita gembira diterima dari Pasti Kawasan, Al kautsar Center telah memenangi anugerah pengurusan Pasti terbaik bagi Kawasan Bukit Katil

Diakhir ucapan beliau berjanji untuk terus memperbaiki pentadbiran Al Kautsar dari masa ke semasa agar diterima masyarakat sepenuhinya
Ucapan perasmi bekas YB Kpt Hassan Mohammed pula menekan supaya para ibubapa semungkin boleh memberi didikan Al Quran pada anak-anak dan hanya di Pasti sahaja alternatif ini dapat di salurkan.
seterusnya Ibubapa perlu memberikan kepercayaan penuh kepada Pasti dalam urusan ini lebih-lebih lagi di Al Kautsar satu-satu Pasti yang memenuhi hasrat ini dengan adanya kelas KAFA.



  • None
  • No comments yet