Pasti Al-Kautsar Center

Archive for January 2010

Isnin 4 januari 2010 merupakan hari pertama persekolahan, Pasti Al Kautsar telah menunjukan satu peningkatan dari segi pertambahan bilangan perlajar, (sambutan yang baik dari penduduk setempat) komitmen ajk cawangan serta dari JIBG yang merupakan tulang belakang jatuh bagunnya sesebuah Pasti .

Perasaan sedih anak Abang Safian hanya seketika sahaja apabila Pn Zulaikha (Guru) memulakan kelas dengan bacaan doa-doa dan memberi lembaran kerja untuk membuat kayu pengukur bagi mengetahui tahap pencapaian anak muridnya


Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada 9 Muharram 1431 Hijrah bersama 25 Disember 2009 hari jumaat jam 9 pagi
Seramai lima peserta yang terlibat telah di arakkan dengan pukulan kompang oleh belia-belia Taman Takh serta Imam satu Khariah Ayer Keroh bersama dengan anak-anak murid kelas Kaffa, juga tidak ketinggalan ahli jawatankuasa Al Kautsar Center


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ust.Noor Khairi Ketua Urusan Dewan Ulamak Pas Bukit Katil

Ahli penal Khatam Al Quran di ketuai oleh Tuan Imam 1 Ust Sharani dan Mejar (B) Tuan Hj Mazlan

Hari ini tanggal 10 Muharram 1431 hijrah Jawatankuasa Al Kautsar Center telah berjaya bermenafaatkan hari yang sungguh mulia ini, diantara amalan-amalan mulia iaitu:-

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Sebahagian daripada agihan bubur asyura itu telah di bawa ke PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH anjuran lujnah kebajikan Pas Bukit Katil Pn. Masturah sri kandi islam






  • None
  • No comments yet