Pasti Al-Kautsar Center

Pengumuman !!!

Al Kautsar Center telah menjalankan program seperti berikut mulai awal tahun 2008.

1. Pra-sekolah/PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Tahun 4,5,6

2. Kelas Al-Quran dan KAFA dari pukul 2.30 ptg – 4.30 petang

3. Kelas Tusyen untuk pelajar Tahun 4,5,6 (UPSR) dan Menengah 1,2,3 (PMR) – 6.00 ptg – 8.00 mlm.

Pendaftaran / kemasukkan pelajar untuk program di atas masih di buka.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi;

Pengurus PASTI AL-Kautsar di talian 06-2320240 atau Ishak Yaakob di talian 012-2740520.

SUKAN PASTI BUKIT KATIL 2008 MERIAH

Pesta Mini Sukan PASTI Kawasan Bukit Katil yang berlangsung pagi ini meriah dengan kehadiran kira-kira 500 pengunjung yang terdiri dari ahli-ahli keluarga pelajar, pimpinan-pimpinan PAS dan masyarakat setempat.

Kejohanan tahunan ini seperti juga tahun-tahun lepas disertai oleh hampir semua PASTI dalam kawasan Bukit Katil.

Dalam acara Bolasepak Johan tahun lalu, PASTI Al Kauthar, Ayer Keroh sekali lagi mempertahankan kejuaraannya apabila menewaskan PASTI Jaya Insan, Bukit Katil dengan 3-1 melalui sepakan penalti. Manakala acara Bolajaring di menangi oleh PASTI Ar Rahmah, Solok Gaong yang menewaskan PASTI Al Ikhwan, Melaka Baru.

Menurut Pengarah Program, Khairuddin Ismail kejohanan tahun ini dihadiri oleh lebih ramai ahli keluarga dan masyarakat setempat berbanding dengan tahun-tahun lepas.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak terutama guru-guru PASTI, Maahad Ar Rahmah dan semua AJK pelaksana program dan tidak lupa pada semua yang hadir” kata Khairuddin dengan bersungguh-sungguh.

Salah seorang pelajar PASTI Ar Rahmah yang ditemui Syakirin Khalid, 6, berkata beliau sangat gembira dapat menyertai pertandingan ini bersama-sama kawan-kawan.

Pertandingan kali ini seperti juga tahun lepas di adakan di padang Maahad Rahmah di mana ianya telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.20 petang.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah PASTI Negeri, Kadir Dewa; Timbalan Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Ustaz Abu Bakar Ramle dan Khairuddin Ismail.

Majlis Ihtifal dan Anugerah Kualiti AL Kautsar Center telah di adakan pada 8-Nov-2007. Majlis telah dirasmikan oleh Penyelaras Pasti Kawasan Bukit Katil. Semua pelajar PASTI, Kafa dan Tusyen Bahasa Inggeris telah menerima sijil masing-masing. Anugerah Kecemerlangan telah di berikan kepada pelajar yang terpilih sebagai pelajar terbaik bagi Sesi 2007. Majlis juga telah diserikan lagi dengan bacaan Al-Quran, Nasyid dan English speaking oleh pelajar-pelajar Al-Kautsar Center.

Bacaan AL_Quran

08112007341.jpg

08112007343.jpg

Tingkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris. (English Speaking).

Kelas sudah bermula. Di jalankan oleh Guru yang professional dan dedikasi. Di sokong oleh bertahun-tahun pengalaman.

Hari : Isnin dan khamis

Masa : 8.00 9.30 mlm

Pendaftaran : Percuma / Yuran bulanan RM 15.00 sahaja

Tempat: AL Kautsar Center,

No. 62, Jln TAKH 5,

Taman Ayer Keroh Height 1,

75450 Ayer Keroh,

Melaka .

Untuk maklumat lanjut hubungi : 012- 2740520 (Ishak Yaakob)

Juara Kawasan Bukit Katil 2007

PELAJAR PASTI KAWASAN BUKIT KATIL WAKILI PASTI MELAKA

Melaka, 17 Jun, 3 orang murid dari Pasti Al Kautsar Ayer Keroh terpilih mewakili Melaka dalam pasukan bola sepak dan 5 orang murid dari Pasti Ar Rahmah Solok Gaung terpilih mewakili Melaka dalam pasukan bola jaring yang akan dipertandingkan di Peringkat Kebangsaan di Padang Perdana Kota Bharu Kelantan pada 29 Jun hingga 30 Jun ini.

Menurut saudara Khairudin Ismail, Penyelaras Pasti Kawasan, pasukan bola sepak Pasti Negeri Melaka adalah juara bertahan pada tahun lalu dalam kejohanan yang sama yang turut diwakili beberapa murid Pasti dari kawasan Bukit Katil.Semua peserta yang terpilih telah mengikuti beberapa siri Kem Latihan di sebuah pusat peranginan di Pengkalan Balak,Masjid Tanah.

PENDAFTARAN PASTI AL-KAUTSAR DI BUKA SEKARANG

Pendaftaran PASTI Al_Kautsar di buka sekarang. Kepada ibubapa dan penjaga yang ingin mengambil borang pendaftaran boleh lah menghubungi En Yakin Jaafar, Pengurus PASTI AL-Kautsar di talian 06-2320240 atau Ishak Yaakob di talian 012-2740520.

Borang ini boleh dikembalikan kepada pihak PASTI pada atau sebelum 1 Januari 2008. Pihak PASTI akan membuka PASTI ini pada 2 Januari 2008 untuk urusan pendaftaran. Sessi persekolahan 2007 akan bermula pada 2 Januari 2008.

Sebagaimana silibus PASTI Pusat bidang pengajian yang akan diajar ialah Unsur Tarbiah Imaniah, Ruhiah, Khuluqiah,aqliah dan jasadiah. Subjek yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Akhlaq, Sirah, Asas Ibadah, Alam dan Manusia, kesihatan, Al-Quran, Jawi dan asas Teknologi Maklumat.


  • None
  • No comments yet